Sejarah dan format Time_100

Time 100 bermula dengan perdebatan di sebuah simposium di Washington, D.C. pada 1 Februari 1998, dengan peserta panel penyampai berita CBS Dan Rather, sejarawan Doris Kearns Goodwin, bekas gabenor New York Mario Cuomo, profesor sains politik Condoleezza Rice, penulis neokonservatif Irving Kristol, dan ketua pengarang Time Walter Isaacson.

Senarai tersebut pertama kali diterbitkan pada tahun 1999, ketika majalah Time menamakannya "100 orang paling berpengaruh pada abad ke-20". Kerana popularitinya yang terus berkembang, mulai 2004 majalah Time memutuskan akan menjadikan senarai itu sebagai edisi tahunan, yang memuatkan 100 orang paling berpengaruh di dunia. Mereka diperakui dalam satu dari lima kategori:

  • Leaders & Revolutionaries (Pemimpin dan Penggerak Revolusi)
  • Builders & Titans (Perintis dan Pengubah)
  • Artists & Entertainers (Artis dan Penghibur)
  • Scientists & Thinkers (Ilmuwan dan Pemikir)
  • Heroes & Icons (Pahlawan dan Ikon)

Dalam setiap kategori, 20 tokoh yang paling berpengaruh (kadang-kadang berpasangan atau dalam kelompok kecil) akan terpilih, dengan jumlah 100 orang setiap tahun.

Rujukan

WikiPedia: Time_100 http://time.com/56140/time-100-2014-poll/ http://time100.time.com http://www.time.com/time/2006/time100/ http://www.time.com/time/specials/packages/0,28757... http://www.time.com/time/specials/packages/0,28757... http://www.time.com/time/time100/index_2000_time10... http://web.archive.org/web/20040419183655/http://w... http://web.archive.org/web/20050411204453/http://w... http://web.archive.org/web/20070505053044/http://w... http://web.archive.org/web/20080505054613/http://w...